Tag Archive | cuti sekolah

Kem Ulul Albab 3-8 Disember 2017

Al-Qur’an yang diturunkan dalam bahasa Arab adalah untuk menjadi panduan hidup manusia. Bagaimana pun masih ramai tidak berupaya membacanya, dan hanya mampu membunyikan kalimah-kalimah sahaja – tidak seperti bahan bacaan lain yang dibaca dengan kefahaman, dipelajari dan dikaji, walaupun bukan dalam bahasa ibunda. Ini tentunya memberi kesan terhadap bagaimana manusia itu dapat menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidupnya.

Menyedari isu ini, peserta kem akan diajarkan kaedah-kaedah asas terjemahan al-Qur’an dan tadabbur al-Qur’an agar mereka mempunyai kemahiran untuk mula menterjemah dan memahami bacaan al-Qur’an.

Pendaftaran telah dibuka dan penyertaan adalah dalam jumlah terhad. Hubungi pihak penganjur untuk mendaftar. Infak penajaan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan golongan yang memerlukan adalah juga diterima.

kem ulul albab Dis 2017kem ulul albab dis 2017

Advertisements