Mengenai SQSA

 

Logo SQ 2014

Semat Qur’an Shah Alam adalah salah satu daripada beberapa cawangan Semat Qur’an. Semat Qur’ān adalah institusi yang menjalankan program-program yang bermatlamat:

  • Mencari keredaan Allah – Jalla wa ‘Ala – menerusi usaha belajar dan mengajar al-Qur’ān.
  • Mengembangkan ajaran al-Qur’ān ke tengah masyarakat supaya menjadi panduan hidup sehingga terbangun generasi rabbānīy.

Program-program yang dijalankan oleh Semat Qur’ān bertujuan:

  • Menyematkan kefahaman al-Qur’ān ke dalam hati dan jiwa.
  • Membimbing kemahiran membaca, menghafaz, memahami dan mengkaji al-Qur’ān.
  • Memandu ke arah mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Qur’ān dan al-Sunnah yang sahih sebagaimana yang difahami oleh golongan salaf yang ṣālih.
  • Mendekatkan al-Qur’ān, mukjizat yang dibawa oleh Rasulullah – ṣallāLahu ‘alayhi wa sallam – kepada semua orang.

 

KELAS PENGAJIAN

Semat Qur’ān menjalankan kelas-kelas pengajian secara bersemuka dan atas talian (online). Antara kelas pengajian yang ditawarkan di Semat Qur’ān adalah:

Kelas Terjemahan dan Pemahaman al-Qur’ān.
Kelas Tadabbur al-Qur’ān.
Kelas Tilawah dan Taḥsin al-Qur’ān.
Kelas Nahu dan Saraf.
Bengkel/Kursus.
Kuliah Hadith Mingguan
___________________________________

Semat Qur’ān diuruskan oleh AFKA Sdn. Bhd. (804646-U)

Qur'an kuning

 

Advertisements